Agensi perisikan Afghanistan dan India didakwa memberi dana dan bantuan lain kepada kumpulan militan Taliban Pakistan (TTP) untuk menyerang Islamabad.

Dakwaan itu dibuat bekas jurucakap TTP yang menyerah diri minggu lalu, dalam satu rakaman video disiarkan tentera Pakistan, semalam.

Dalam penampilan pertama Liaquat Ali atau lebih dikenali sebagai Ehsanullah Ehsan selepas serah diri, dia mendakwa agensi perisikan India, Sayap Penyelidikan dan Analisis (RAW) dan Direktorat Keselamatan Kebangsaan (NDS) Afghanistan menyediakan bantuan luas kepada kumpulan tersebut.

“Mereka menyokong TTP, memberi bantuan kewangan dan sasaran. Bagi setiap serangan akan dikenakan harga,” katanya.

Menurut Ehsan, hubungan antara NDS dan RAW meningkat selepas tentera Pakistan melancarkan kempen ketenteraan terhadap TTP di kubu kuat mereka di Waziristan Utara pada 2014 dan memaksa militan melarikan diri ke sempadan Kabul.

Pegawai kanan keselamatan Afghanistan menolak kenyataan Ehsan selain menuduh Pakistan menyediakan kawasan perlindungan selamat kepada Taliban Afghanistan yang ingin menjatuhkan kerajaan Kabul. – India Today

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *