Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Acara Menarik Di PICC Sempena Ramadhan

Acara Menarik Di PICC Sempena Ramadhan

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung membeli-belah, menjamu selera dan berniaga sempena Ramadan tahun ini.

Bertemakan ‘Beli Awal, Siap Awal, Lebaran Sempurna’, Bazaar @ PICC dijadualkan berlangsung selama 40 hari mulai 25 Mei sehingga 3 Julai dari 10.30 pagi sehingga 10.30 malam.

Bazaar berkenaan menawarkan jualan pelbagai keperluan pra-Ramadan termasuk makanan, pakaian dan aksesori kelengkapan diri.

Ketua Pegawai Eksekutif PICC Datuk Badlishah Ahmad ketika berucap pada majlis prebiu Ramadan PICC berkata bufet Ramadan di PICC yang bermula pada 8 Jun menawarkan lebih 300 juadah bertemakan ‘Hidangan Tradisi Warisan Budaya’ dengan berkonsepkan warung.

“Pada tahun ini, ruang bufet Ramadan yang disediakan boleh memuatkan 1,000 orang untuk berbuka puasa pada satu masa,” katanya lagi.

Leave a Reply

Top