Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, mempertimbang mengadakan pilihan raya seawal bulan depan, mengambil kesempatan peningkatan sokongan terhadapnya dan perpecahan dalam parti pembangkang utama.

Sokongan terhadap Abe meningkat kepada 50 peratus berdasarkan beberapa tinjauan, dibantu kemarahan penduduk awam berhubung pelancaran peluru berpandu dan ujian nuklear.

Kekecohan dalam Parti Demokratik, yang bergelut dengan sokongan semakin menurun dan ahli yang berpaling tadah, turut memberi kelebihan kepada Abe.

Abe memberitahu Ketua Rakan Gabungan Parti Liberal Demokratik pimpinannya, Komeito, Natsuo Yamaguch, beliau tidak mengetepikan kemungkinan membubarkan Dewan Rakyat untuk mengadakan pilihan raya awal.

“Nampaknya, pilihan raya akan diadakan pada musim luruh akan datang. Kita mesti bersedia untuk itu,” media memetik kenyataan pemimpin Komeito, Natsuo Yamaguchi, kepada wartawan ketika lawatan ke Russia.

Spekulasi memuncak berhubung pilihan raya awal pada 22 Oktober apabila tiga pilihan raya kecil dijadualkan.

Media sebelum ini melaporkan pilihan raya dijangka diadakan lewat Oktober atau selepas Presiden Donald Trump mengadakan lawatan awal November ini. – REUTERS

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *