Anda di sini!
Utama > Nasional > Abdul Hamid Timbalan Ketua Polis KL Yang Baru

Abdul Hamid Timbalan Ketua Polis KL Yang Baru

mh online

Bekas Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Mohd Ali dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Abdul Hamid, 58, menggantikan Datuk Law Hong Soon yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman.

“Saya berharap dengan pelantikan ini kadar jenayah di Kuala Lumpur dapat dikurangkan serta dapat menyediakan suasana kondusif, selesa dan sejahtera kepada masyarakat bagi menjalani kehidupan seharian tanpa rasa takut dan risau,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas jawatan itu di sini Selasa.

Majlis itu disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Saya juga akan bekerjasama dan menyokong dasar dan aspirasi Datuk Amar Singh dalam menjaga keamanan bandar raya ini,” kata Abdul Hamid.

Beliau yang berkhidmat lebih 38 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam Kuala Lumpur dan Pegawai Pemerintah Unit 2, Johor Baharu, Johor.

Abdul Hamid memiliki Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Pertahanan dan Diploma Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave a Reply

Top