Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Abdel Moneim Ditahan

Abdel Moneim Ditahan

Polis Mesir menahan pengkritik kerajaan, Abdel Moneim Abul Fotouh dan lima pembantunya kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.

Abdel Moneim yang juga calon pilihan raya presiden 2012, ditahan sebaik sahaja tiba dari menghadiri sesi temubual di London.

Peguam hak asasi, Gamal Eid memberitahu AFP, lima pembantu Abdel Moneim sudah dibebaskan, namun beliau masih ditahan bagi disoal siasat.

Difahamkan, penahanan itu dilaksanakan susulan kenyataan untuk memboikot pilihan raya Presiden Mesir bulan depan oleh Abdel Moneim dan beberapa lagi ahli politik.

Presiden Abdel Fattah Al-Sisi diramal memenangi pilihan raya itu dengan mudah selepas beberapa pesaingnya diketepikan atau menarik balik pencalonan mereka. – AFP

Leave a Reply

Top