Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > 9 Pekerja Ladang Maut Dalam Kemalangan

9 Pekerja Ladang Maut Dalam Kemalangan

TAPAH, Sembilan pekerja ladang maut dalam satu kemalangan di Jalan Air Kuning-Mambang Diawan dekat Kampung Haji Dahlan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliau berkata kemalangan kira-kira 6.50 pagi itu membabitkan sebuah lori ais dan sebuah van.

Katanya kemalangan menyebabkan kesemua lapan penumpang van terdiri daripada wanita dan seorang lelaki pemandu van, 32, maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori yang berusia 22 tahun cedera parah.

“Lori ais itu dari Kampar menuju ke Air Kuning telah berlanggar secara berdepan dengan sebuah van yang membawa pekerja ladang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, kesemua penumpang dalam van maut,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, manakala pemandu lori ais berkenaan menerima rawatan di Hospital Kampar.

Leave a Reply

Top