Anda di sini!
Utama > Luar Negara > 9 Lemas Banjir Kilat Di Arizona

9 Lemas Banjir Kilat Di Arizona

Sekurang-kurangnya sembilan mati lemas ketika mandi di sebuah sungai di Arizona ketika dihanyutkan banjir kilat akibat hujan lebat.

Pihak berkuasa sedang mencari sekurang-kurangnya seorang yang hilang selepas kejadian pada petang Sabtu di Sungai Verde berhampiran Payson, kira-kira 90 kilometer (145 km) timur laut Phoenix, kata Ketua jabatan bomba Ron Sattelmaier.

Media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya dua kanak-kanak antara yang maut.

Polis Gila County tidak memberikan maklumat lanjut mengenai mangsa yang maut atau hilang.

Terdapat juga kebimbangan mengenai kemungkinan banjir kilat di selatan Arizona.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Phoenix, kebanyakan kawasan di Arizona kini diletak di bawah berjaga-jaga dari banjir kilat sehingga petang Isnin, memberi amaran hujan lebat akan menyebabkan banjir kilat di kawasan rendah.

Leave a Reply

Top