Anda di sini!
Utama > Hiburan > 750 Perserta Bengkel DFKL 2017 Gamatkan PWTC

750 Perserta Bengkel DFKL 2017 Gamatkan PWTC

Pendaftaran secara online telah pun ditutup pada minggu lalu, namun masih ramai yang ingin menyertai dua hari bengkel DFKL 2017 pada tahun ini (1&2 April).

Pada awalnya, penyertaan dibuka kepada 500 peserta sahaja namun sejak siri jelajah DFKL 2017 berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini, ramai yang teruja untuk hadir ke sesi bengkel, dan pihak urusetia terpaksa menambah lagi penyertaan untuk tahun ini.

(Bengkel Lakonan Sesi Pagi Dikendalikan Oleh Fauziah Ahmad Daud)

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Atas permintaan yang amat memberangsangkan ini, pihak urusetia telah menambah lagi 200 penyertaan”.

“Pada pagi ini ketika sesi pendaftaran bermula, kami telah menerima lebih 50 lagi peserta walk-in. Walaupun bengkel ini telah pun laris (sold out), kami tidak mahu mengecewakan mereka kerana rata-ratanya datang dari luar kawasan Kuala Lumpur. Pendaftaran kami ditutup secara rasminya dengan seramai 750 peserta dan sekaligus mencatat sejarah penyertaan paling ramai bengkel DFKL selama 4 tahun dianjurkan.”

Wartawan mhonline sempat meninjau dewan tempat bengkel berlangsung, hampir semua dewan penuh dengan peserta yang rata-rata dari luar Kuala Lumpur.

Antara bengkel yang menjadi tumpuan peserta pada sesi petang ialah Imej dan Penampilan Diri – Datin Sharifah Shawati, Bengkel Lakonan – Nabila Huda dan Bengkel Pengarahan Oleh Khir Rahman.

Bengkel berlangsung selama dua hari  bermula 1 -2 April 2017.

Leave a Reply

Top