Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Kematian Seekor Gajah Tunggangan Pelancong Cetus Kemarahan Orang Ramai

Kematian Seekor Gajah Tunggangan Pelancong Cetus Kemarahan Orang Ramai

Siasatan telah dimulakan terhadap satu kes kematian seekor gajah betina  yang digunakan sebagai tunggangan pelancong di Kemboja.

Baru-baru ini, seekor gajah yang dikenali sebagai Sambo maut akibat serangan jantung selepas membawa dua pelancong – satu demi satu – ke sebuah candi yang terkenal di Angkor Wat.

Memetik laporan media antarabangsa, gajah betina itu dikatakan telah bekerja selama 40 minit di bawah suhu haba yang mencecah 40 darjah celcius.

Menurut Pengurus Syarikat Gajah Angkor, Oan Kin, Sambo dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung.

Difahamkan, seorang doktor haiwan membuat kesimpulan bahawa gaah betina itu telah meninggal dunia akibat serangan jantung kerana suhu yang tinggi, kelelahan panas dan kekurangan angin yang sepatutnya membantu ia untuk menyejukkan badannya.

“Sambo telah berkhidmat kepada syarikat itu sejak 2001.

“Kami semua sangat sedih atas kehilangan Samba dan kami akan menyiasat dan meneliti insiden dengan tegas,” kata Oan Kin.

Susulan insiden itu, beberapa pihak terutamanya penyayang haiwan menuntut siasatan mengapa gajah berusia antara 40 dan 45 tahun, terpaksa membawa pelancong apabila suhu begitu tinggi dan tidak ada kitaran angin.

“Kematian seekor gajah yang digunakan sebagai tunggangan pelancong di kuil-kuil Angkor Wat perlu menjadi panggilan kesedaran bagi masyarakat dan industri pelancongan di seluruh dunia.

“Selepas ini, mereka perlu mengambil langkah-langkah untuk menamatkan amalan yang tidak berperikemanusian ini,” ulas petisyen Change.org yang telah menerima lebih daripada 30,000 tandatangan, setakat ini.

Gambar gajah itu telah dikongsi beribu-ribu kali di media sosial dan sekali gus mencetuskan kemarahan di kalangan netizen di seluruh dunia.

Mereka menyarankan industri pelancong untuk meneliti kegiatan itu untuk memastikan haiwan terancam seperti gajah dipulihara.

Mereka juga menyifatkan insiden itu sebagai satu penderaan haiwan.

Leave a Reply

Top