Anda di sini!
Utama > Luar Negara > 52 Orang Terbunuh Bom Kereta Meletup

52 Orang Terbunuh Bom Kereta Meletup

IRAQ, Lebih 50 orang terbunuh apabila bom kereta meletup di sebuah pusat jual beli kenderaan terpakai di selatan Iraq, kelmarin.

Menurut jurucakap Operasi Pemerintah Baghdad, letupan tersebut mencetuskan kepulan asap hitam tebal memenuhi ruang udara kejiranan Bayaa, selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran.

“Pengganas meletupkan bom kereta berhampiran kawasan menjual kereta di al-Bayaa dan menyebabkan kematian lebih 50 orang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pegawai Kementerian Dalam Negeri turut mengesahkan serangan yang berlaku sekitar jam 4.15 petang (waktu tempatan) itu turut menyebabkan 50 lagi cedera.

Difahamkan, lokasi kejadian merupakan kawasan terbuka yang seringĀ  digunakan sebagai tempat di mana ratusan penjual kenderaan meletakkan kereta mereka sebelum berbincang dengan pembeli baharu, lapor AFP.

Leave a Reply

Top