Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Tunjukkan Penghargaan Atas Perkhidmatan Terbaik Kerajaan

Tunjukkan Penghargaan Atas Perkhidmatan Terbaik Kerajaan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah tiba masanya bagi masyarakat bandar menghargai usaha-usaha kerajaan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata penghargaan pada masa ini terhadap Sarawak, perlu diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu bernilai RM32.2 juta di sini hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Negeri, Datuk Seri Wong Soon Koh mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem pada majlis itu, yang turut dihadiri lebih 5,000 rakyat.

Ahmad Zahid berkata masyarakat di kawasan bandar menikmati banyak kemudahan yang lebih baik serta peruntukan pembangunan yang besar daripada kerajaan berbanding penduduk luar bandar.

Ahmad Zahid berkata walaupun kurang sokongan namum kerajaan tetap berlaku adil serta memberi perkhidmatan terbaik kepada semua rakyat.

“Oleh itu, saya menyeru, dengan pilihan raya negeri akan datang, masyarakat bandar mengetepikan sikap negatif terhadap kerajaan,” katanya.

Mengenai UTC, beliau berkata ia merupakan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan unik kepada negara.

Ahmad Zahid berkata UTC yang merupakan usaha transformasi kerajaan melalui Kementerian Kewangan, telah menerima pujian termasuk dari Bank Dunia, dan beliau menyatakan ia perlu dicontohi oleh negara-negara lain.

Pada masa ini, katanya, terdapat 14 UTC di negara ini (termasuk tiga di negeri ini) yang menyaksikan 11.4 juta rakyat yang mendapatkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi utama kerajaan atau rawatan di Klinik 1Malaysia.

Beliau berkata ia adalah komitmen kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak UTC di kawasan bandar, dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di luar bandar.

Leave a Reply

Top