Anda di sini!
Utama > Sukan > Gol Sanchez Kembali Lonjak Arsenal

Gol Sanchez Kembali Lonjak Arsenal

Dua jaringan Alex Sanchez membawa Arsenal kembali ke tangga ketiga Liga Perdana Inggerus menerusi kemenangan 2-0 mengatasi West Bromwich Albion, awal pagi tadi.

Ia sekali gus melancarkan usaha pasukan utara London itu bagi mengejar kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah.

Arsenal kini 10 mata di belakang pendahulu, Leicester yang berbaki 12 mata untuk dipungut.

Arsenal mara dua mata di depan Manchester City, yang diikat Newcastle 1-1, Selasa lalu dan empat mata di depan pasukan tangga kelima Manchester United.

Penyokong Arsenal yang bercita-cita lebih besar tidak gembira dengan kemarau 12 tahun tanpa sebarang trofi dan kelihatan sesuatu yang ganjil apabila ribuan tempat duduk dibiarkan kosong dalam saingan di Stadium Emirates itu.

Tuan rumah memperoleh gol menerusi Sanchez seawal minit ke-6 dan gol keduanya menyusul 30 minit kemudian. – AP

Leave a Reply

Top