Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Akibat Elnino Penternak Ikan Alami Kerugian Lebih 1 Juta

Akibat Elnino Penternak Ikan Alami Kerugian Lebih 1 Juta

Kira-kira 10 penternak ikan dalam sangkar di Sungai Sangga Besar dan Kuala Sepetang dekat sini kerugian lebih RM1 juta apabila ternakan mereka mati dipercayai akibat cuaca panas dan kering kerana fenomena El-Nino.

Jurucakap kumpulan penternak terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata pihaknya menyedari kematian kira-kira 200,000 ekor ikan dalam sangkar ternakan pada Ahad lalu.

“Sewaktu itu, kami pergi ke kolam bagi mengambil ikan untuk dijual, tetapi bila sampai kami dapati ikan sudah terapung di permukaan air,” katanya.

Lee berkata antara jenis ikan yang mati adalah tilapia, kerapu dan siakap untuk pasaran tempatan dan Singapura.

“Kita mengalami kerugian akibat kejadian itu dan kami percaya ikan berkenaan mati disebabkan cuaca panas dan kekurangan oksigen dalam air,” katanya.

Leave a Reply

Top