Anda di sini!
Utama > Luar Negara > Palestin Sambut Baik Sokongan Berterusan Algeria Terhadap Perjuangan Palestin

Palestin Sambut Baik Sokongan Berterusan Algeria Terhadap Perjuangan Palestin

Perdana Menteri Palestin Rami Hamdallah memuji sokongan yang diberikan Algeria dari aspek “moral, politik dan material” untuk perjuangan rakyat Palestin, lapor Algeria Press Service (APS).

“Bagi pihak Presiden Mahmoud Abbas dan kerajaan Palestin, saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Algeria serta rakyatnya atas sokongan yang diberikan secara berterusan kepada Palestin,” katanya dalam kenyataan selepas pertemuan dengan Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika.

Dalam pertemuan itu beliau turut berbincang dengan Presiden Algeria antaranya mengenai perjanjian kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

Perdana Menteri Palestin turut memaklumlakn kepada Bouteflika mengenai situasi di Palestin serta isu perpaduan negara antara Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sambil melahirkan harapan agar perpaduan (kerajaan) dapat dicapai “pada minggu akan datang”.

Pekara penting lain turut dibincangkan ialah untuk mengadakan persidangan keamanan antarabangsa bagi menamatkan pendudukan Israel dan penubuhan negara Palestin yang bebas.

Leave a Reply

Top