BINTULU, Seramai 41 penduduk daripada tujuh keluarga di Kampung Sebuan Besar hilang kediaman akibat kebakaran hampir memusnahkan keseluruhan rumah yang didirikan rapat di kampung itu awal pagi tadi.

Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu, Hata Gobel, berkata turut terbakar dalam kejadian jam 2.05 pagi itu ialah sebuah stor simpanan barang milik penduduk kampung itu.

Beliau berkata, tujuh rumah kebanyakannya struktur asas adalah kayu milik penduduk kampung itu gagal diselamatkan dan musnah kerana api marak pantas.

“Seramai 14 anggota bomba dan penyelamat di Bintulu terbabit dalam operasi memadam kebakaran itu daripada merebak ke kediaman lain,” katanya.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya jam 6.04 pagi dan tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden itu.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *