Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > 4000 Sertai ‘Stats ASEAN Run’ 2017

4000 Sertai ‘Stats ASEAN Run’ 2017

PUTRAJAYA, Seramai 4,000 peserta hari ini menyertai acara dwitahunan Stats Asean Run 2017 di sini bagi meraikan Hari Statistik yang disambut pada 20 Oktober setiap tahun.

Program kali ketiga yang bermula sejak 2013 anjuran Jabatan Perangkaan itu diraikan bersekali dengan Sambutan 50 Tahun Asean.

Jabatan Perangkaan dalam kenyataan berkata penganjuran acara larian tersebut  bermatlamat untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan statistik bagi perancangan dan pembangunan negara dalam kalangan rakyat.

“Program ini juga adalah antara langkah yang dilaksana untuk mengukuh rantaian kerjasama dan usaha bersepadu daripada pelbagai pihak bagi menghubung jalinan aspirasi bersama bagi mencapai tahap negara maju berpaksikan maklumat dan statistik yang mantap,” katanya.

Ketua Perangkawannya Dr Mohd Uzir Mahidin menyempurnakan pelepasan peserta larian tersebut.

Leave a Reply

Top