Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > 30,173 Orang Tidak Faham RUU 355 – Rafizi

30,173 Orang Tidak Faham RUU 355 – Rafizi

Sebanyak 70.1 peratus pengundi Melayu tidak tahu mengenai RUU355 selepas satu kaji selidik yang dijalankan Invoke Centre For Policy Initiatives (I-CPI) terhadap 1.1 juta pengundi Melayu Islam.

Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli berkata, daripada 1.1 juta orang pengundi, seramai 43,030 orang menjawab soalan yang diberikan.

Menurutnya, soal selidik dibuat melalui panggilan telefon secara rawak dalam tempoh seminggu bermula 16 Mac hingga semalam.

“Hasil soal selidik bila ditanya sama ada anda tahu mengenai RUU355, dapati hanya 70.1 peratus atau 30,173 orang pengundi tidak tahu apa itu RUU355. Manakala, bagi mereka yang tahu hanya berjumlah 12,857 pengundi sahaja atau 29.9 peratus,” katanya dalam sidang media di Invoke Malaysia, di Sungai Besi, hari ini.

Mengulas tentang jumlah pengundi yang tahu tentang RUU355, daripada 12,857 pengundi, seramai 5,708 pengundi merasakan isu terbabit penting dalam menentukan undi dalam PRU akan datang.

Tambahnya, selebihnya, iaitu 3,909 dan 3,240 pengundi pula masing-masing selain merasakan isu RUU355 ini bukan paling penting.

Mengulas tentang keputusan kaji selidik RUU355, Rafizi berkata, hanya 4,484 orang atau 10.4 peratus daripada 43,030 pengundi Melayu yang berpendirian RUU355 adalah isu penentu undi mereka dalam PRU14.

Selebihnya seramai 38,546 pengundi pula merasakan RUU355 bukan penentu undi.

Kesimpulannya, 54.3 peratus dari pengundi Melayu yang berhasrat mengundi Pas tidak tahu mengenai RUU355.

“45.7 peratus menyatakan mereka mengetahui perkara itu,” katanya.

Jelasnya, kaji selidik ini bertujuan menentukan secara kuantitatif sejauh mana pengaruh RUU355 dalam menentukan undi pengundi Melayu dalam PRU14 akan datang.

Leave a Reply

Top