Anda di sini!
Utama > Hiburan > 3,000 Pengunjung Imarahkan Masjid Baru Temerloh

3,000 Pengunjung Imarahkan Masjid Baru Temerloh

Hari kedua bulan Ramadan pengunjung Masjid Baru Daerah Temerloh, menjadi lebih bermakna apabila mereka berjaya mengimarahkan masjid serta bertemu dan bermesra dengan barisan artis tanah air termasuklah para pendakwah.

Acara Jom Masjid ini telah menerima kunjungan seramai 3,000 orang sepanjang program itu berlangsung pada Ahad lepas.

Masjid Baru Daerah Temerloh, Pahang merupakan lokasi pertama siri penjelajahan Jom Masjid tahun ini.

Selain bertujuan untuk mendekatkan TV3 dan TV9 dengan para penonton, acara ini juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyertai tadarus Al-Quran,

berkongsi maklumat dan mendalami ilmu agama dengan mengambil bahagian dalam sesi rakaman program Al-Kulliyyah bersama Ustaz Wadi Anuar selaku pendakwah jemputan.

Suasana Masjid Baru Daerah Temerloh telah diserikan lagi dengan kehadiran pengacara Dayah Bakar dan Da’i Tajdid Hadhari serta duta-duta Terima Kasih iaitu Elfira Loy, Redza Rosli, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Zainal Ariffin, Fiza Sabjahan dan Fakhrul Radhi Khamaruddin.

Turut hadir memeriahkan Jom Masjid ini adalah barisan selebriti dan personaliti TV3 dan TV9 seperti Da’i Azrin, Da’i Aini, Chef Naem, Shah Sulaiman, Anis Al-Idrus, Sabhi Saddi dan Afzan.

Leave a Reply

Top