Anda di sini!
Utama > Hiburan > 300 Peserta Daftar Pada Siri Jelajah Terakhir DFKL

300 Peserta Daftar Pada Siri Jelajah Terakhir DFKL

Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang terakhir di Sunway Putra Mall pada 11 dan 12 Mac 2017 yang lalu telah mendapat sambutan hebat daripada para peserta serta orang ramai. 10,000 orang pengunjung telah membanjiri siri jelajah selama dua hari tersebut manakala 300 orang peserta mendaftar di Pertandingan Pencarian Bakat Baharu dan Pertandingan Sesi Kongsi untuk menyerlahkan bakat dan berkongsi cerita mereka!

Sheila Rusly selaku speaker kategori lakonan Bengkel C DFKL 2017 menggalas tanggungjawab sebagai juri Pencarian Bakat Baharu bagi ketiga-tiga lokasi. Pada lokasi yang terakhir ini, beliau  telah digandingkan bersama Fauziah Ahmad Daud (speaker kategori lakonan di Bengkel A DFKL 2017). Gabungan mantap mereka memeriahkan sesi uji bakat dengan komen-komen yang ikhlas dan kritikan yang membina serta memberi galakan dan dorongan kepada para peserta.

Selain daripada sesi uji bakat, Pertandingan Sesi Kongsi telah disaring oleh Dato’ A.Aida dari A.Aida Production Sdn Bhd, Ellie Suriaty (speaker kategori lakonan di Bengkel D DFKL 2017), wakil dari Primeworks Studios dan stesen televisyen. Hampir 50 orang telah menyertai pertandingan ini dan membentangkan idea mereka yang menarik dan kreatif. Bagi idea-idea yang terpilih dan memenuhi kehendak stesen, ia akan diterbitkan sebagai drama atau dibukukan.

Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dan bergambar bersama-sama dengan duta DFKL, Raja Afiq DFKL dan barisan artis yang popular seperti Mawar Rashid, Hafidz Roshdi, Sherry Al Hadad, Ayda Jebat, Idris Khan, Nafiz Muaz DFKL, Emma Maembong, Faiz Tapaw, Indah Emeerlda DFKL, Nik Adam Mika, Acap Tokan dan Zee Tokan. Lebih istimewa, mereka juga dihiburkan dengan persembahan istimewa kendalian Projek Da’i 2017 yang dijayakan oleh kumpulan Caliph Buskers (Hanya Namamu), The Wedding Band(Getaran Jiwa, Laskar Pelangi, Terakhir, Ku Rela Dibenci), Siti Sarah (Kesetiaan, Kaulah Segalanya) dan Ippo Hafiz (Yang Terindah, Kekal Bahagia).

Selesai siri jelajah, DFKL 2017 kini mengalih tumpuan kepada Bengkel DFKL 2017 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 1 dan 2 April 2017. Pendaftaran bagi bengkel ini bukan hanya dibuka pada siri jelajah, malah kepada mereka yang berminat, mereka boleh mendaftar secara atas talian di www.dfkl.com.my/bengkel dan memilih bengkel yang mereka minati.

Leave a Reply

Top