Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > 2089 Mangsa Mangsa Banjir Di Kota Belud

2089 Mangsa Mangsa Banjir Di Kota Belud

Seramai 2,089 mangsa membabitkan 323 keluarga dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan banjir di daerah ini.

Mereka ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Tun Said, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan Muhibah Tombol, SMK Taun Gusi Satu, Dewan SMK Arshad dan Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan.

Lokasi lain ialah di Dewan SK Taun Gusi, Dewan Gopog Taginambur dan Dewan Kompleks Sukan Butong, susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabab, Katizah Rahaban, berkata jumlah penduduk dipindahkan meningkat disebabkan pertambahan kawasan dilanda banjir.

Beliau berkata, setakat ini kawasan terjejas membabitkan 24 kampung sekitar daerah berkenaan, manakala lapan laluan utama di daerah ini terputus akibat dinaiki air.

“Antara kampung berkenaan adalah Kampung Donggoi, Marajah, Gunding, Sadok-Sadok, Sembirai, Lingkodon, Linau dan Lebak Moyoh.

“Selain itu, paras air sungai di beberapa sungai utama seperti Sungai Kadamaian kini berada pada paras normal iaitu 0.73 meter, manakala Sungai Tampasuk dan Sungai Abai ditahap bahaya, 5.46 meter dan 5.7 meter,” dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, beliau menasihatkan penduduk kampung di kawasan rendah dan berhampiran sungai supaya segera berpindah jika mendapat arahan daripada pihak berkuasa.

Di Tuaran, seramai 288 mangsa banjir dipindahkan di dua pusat pemindahan setakat pagi ini.

Leave a Reply

Top