Anda di sini!
Utama > 2017 > April

Lelaki Cedera Dilibas Parang

IPOH, Seorang lelaki bersenjatakan parang mengamuk hingga mencederakan seorang ahli Rakan Cop di Taman Sri Intan, Menglembu di sini. Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias ​​berkata, Yeong Wai Ken, 38, dilibas di bahagian di lengan kanannya ketika dia dan empat yang lain cuba menenangkan lelaki berusia 28 tahun

Dua Import Baru Perkemas TRW

KOTA BHARU, Kelantan membawa masuk dua tenaga import baharu bagi memantapkan pasukan itu menghadapi saingan pusingan kedua Liga Super musim ini. Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata dua tenaga import berkenaan ialah Alfredo Gonzales dari Uruguay dan Sanna Nyassi dari Gambia, bagi meningkatkan lagi prestasi pasukan

Aspirasi Matang Dan Berpandangan Jauh

ARAU, Aspirasi bersifat matang yang diutarakan golongan muda menerusi sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) memberi gambaran generasi hari ini berpandangan jauh dan kritikal dalam memandu hala tuju masa depan negara. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut merupakan aset dimiliki generasi muda yang hebat dan perkembangan itu cukup

Usul Putus Dengan PKR Diterima Sebulat Suara

Semua perwakilan sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR, selepas usul itu dibentangkan wakil Dewan Ulamak Pas Pusat, Zulkifli Ismail. Sebaik perbahasan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari selesai, Pengerusi Tetap Muktamar, Hussin Ismail bertanya kepada perwakilan dan kesemuanya bangun menyatakan sokongan dengan melaungkan, ‘setuju’ beramai-ramai. Terdahulu, pada pembentangan

China Boleh Mainkan Peranan Kendur Ketegangan Di Semenanjung Korea

China boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam megendurkan ketegangan yang sedang memuncak di Semenanjung Korea, yang menjadi tumpuan besar di wilayah ini sekarang, kata Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata Asean perlu mencari jalan dan cara untuk mengurangkan ketegangan yang kegusaran awam atau nuklear bukanlah merupakan suatu

Malaysia, Indonesia Usaha Perangi Ancaman Baharu Terhadap Minyak Sawit

MANILA, Malaysia, Indonesia dan juga Thailand akan terlibat dalam usaha untuk memerangi ancaman terkini terhadap industri kelapa sawit susulan Parlimen Eropah telah mengaitkannya dengan penebangan hutan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata isu tersebut, yang telah dibangkitkan oleh beliau mendapat sokongan yang kuat daripada Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi). Resolusi

Kebolehpasaran TVET Lebih Tinggi Berbanding Bidang Akademik – Idris Jusoh

KUALA TERENGGANU, Kebolehpasaran lulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) lebih tinggi berbanding lulusan institut pendidikan tinggi yang memilih bidang akademik, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. Beliau berkata berdasarkan statistik tahun lepas, perkembangan kebolehpasaran lulusan TVET adalah antara tujuh hingga lapan peratus setahun mengatasi perkembangan aliran akademik

FELCRA Akan Bina 150 Unit Rumah Bina Negara

KUALA KANGSAR, Felcra Berhad (Felcra) akan membina sebanyak 150 unit Rumah Bina Negara (RBN) di sini khusus untuk pesertanya sebagai antara usaha membantu mereka memiliki kediaman. Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Zulkarnain Md Eusope berkata projek itu akan dimulakan sebaik sahaja tapak sesuai telah dikenal pasti selain mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa

Ternyata Jawatan Presiden Tidak Mudah

Presiden Donald Trump mengaku rindu untuk memandu dan terkejut mendapati jawatan presiden tidak semudah disangkanya. Beliau berkata demikian kelmarin, pada 100 hari pertamanya sebagai Presiden Amerika Syarikat. "Saya sukakan kehidupan saya sebelum ini. Banyak perkara berlaku. "Terlalu banyak kerja sekarang berbanding dahulu. Saya sangkakan ia lebih senang," katanya dalam temubual dengan Reuters. Ahli perniagaan

Pelaksanaan GST Tidak Wajar – Mufti Perak

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sewajarnya dikenakan kepada rakyat negara ini berikutan kaedah tersebut hanya membebankan. Beliau berkata, kaedah pencukaian sebenarnya tidak wujud dalam hukum syarak dan kerajaan tidak sewajarnya mengenakan GST kepada rakyat yang terbeban dengan pelaksanaan itu bagi memberi keuntungan

Top