Anda di sini!
Utama > 2016 > February (Page 2)

Kelantan Gagal Manfaat Peluang Beraksi Di Laman Sendiri

mh online

Kelantan gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 2-2 berdepan Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, pada Jumaat. Sarawak, bagaimanapun terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-lapan menerusi jaringan pemain importnya, Makeche Ndumba. Kelantan kemudian menyamakan kedudukan melalui jaringan pemain importnya, Blaze

UMNO Gantung Jawatan Muhyiddin, Zahid Jalankan Tugas Timbalan Presiden

mh online

Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu. "Mesyuarat MT telah

DSV Akan Taja Siaran Piala FA dan Liga Super

mh online

Penaung Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Dr Vida bercadang untuk menaja Piala FA dan Piala Malaysia bagi mendapatkan hak siaran di TV3 sepanjang musim ini. Dr Vida semalam dilaporkan bakal melabur jutaan ringgit untuk mendapatkan hak penyiaran di stesen televisyen Media Prima

Pesawat Pengangkut CN235 TUDM Mendarat Cemas, Semua Anak Kapal Selamat

mh online

Sebuah pesawat pengangkut CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor pada Jumaat. Menurut kenyataan TUDM, pesawat yang berpangkalan di Subang itu membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor pada 8.50 pagi. "Lapan orang anak kapal

Sebarang Cadangan Gantung Muhyiddin Perlu Melalui Lembaga Disiplin Parti

mh online

Sebarang cadangan menggantung keanggotaan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) perlu melalui Lembaga Disiplin parti, kata anggota MT UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan. Abdul Rahman berkata ia adalah proses biasa bagi mana-mana parti untuk merujuk kepada Lembaga Disiplin sekiranya berlaku sebarang kes berkaitan

Kelantan Harap Pemain Import Bantu Kutip Tiga Mata di KB

mh online

KOTA BHARU, Pasukan Kelantan (PQP-TRW) berharap dua pemain importnya, Blazhe Ilijoski dan Dramane Traore mampu menghasilkan gol bagi membantu mendapat tiga mata pada aksi menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, pada Jumaat. Kapten pasukan Mohd Badri Mohd Radzi berkata mereka perlu memanfaatkan seberapa banyak peluang untuk menghasilkan gol

Luah Perasaan Dengan Cara Melampau Di Internet Undang Kemarahan Rakyat

mh online

Oleh : Fansyuri Penghinaan kepada pemimpin tertinggi negara sudah sampai ke tahap yang begitu jijik sekali, terbaru penghinaan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dengan gambar yang diedit separuh manusia, perkara ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab dan sensitif, serta sengaja ingin mencabar pihak berkuasa. Sehingga hari ini, sudah lebih dua

Untung Pracukai 2015 MBSB Susut

mh online

Keuntungan sebelum cukai Malaysia Building Society Bhd (MBSB) susut kepada RM355.03 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015 daripada RM932.56 juta pada 2014. Pendapatan bagaimanapun meningkat kepada RM3.05 bilion berbanding RM2.61 bilion bagi tempoh yang sama, menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada rabu. Bagi tahun kewangan 2015, aset

Golongan Muda Diseru Sertai Bidang Kerja “Dipelopori” Warga Asing

mh online

SERI ISKANDAR, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib hari ini meminta golongan muda di negara ini supaya menyertai bidang kerja yang 'dipelopori' warga asing bagi membantu memenuhi permintaan majikan. "Majikan mahu pekerja, kalau anak-anak kita tidak bersedia untuk bekerja, mereka (majikan) terpaksa mengambil pekerja asing dan kita tidak

DSV Guno Media Pun Saloh Ko?

mh online

Email Kiriman Pembaca Pakdo Nawi 5.30 Petang Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net), Mahizi Mahmood berkata teguran Penaung Kehormat KAFA terhadap pasukan adalah wajar tetapi tidak perlu melalui media massa,mengikut laporan sebuah portal pro pembangkang. Rasa saya Datuk Vida sudah menggunakan saluran yang ada dengan menghubungi K.Devan selepas berakhirnya perlawanan antara PQP-TRW

Top