Sekurang-kurangnya dua terkorban manakala tujuh lagi ditahan dalam insiden serangan bersenjata menyasarkan pangkalan tentera Venezuela, kelmarin.

Presiden Nicolas Maduro berkata, kira-kira 20 lelaki menyerbu pangkalan Fort Paramacay di Valencia terletak kira-kira 150 kilometer dari barat Caracas sebelum jam 4 pagi (waktu tempatan).

“Insiden berbalas tembakan antara tentera dan kumpulan lelaki bersenjata itu, berlarutan selama  empat jam. Pihak berkuasa sedang buru 10 lagi suspek yang melarikan diri,” jelas beliau.

Maduro menyifatkan insiden itu sebagai serangan pengganas yang dilakukan oleh ‘tentera upahan’.

Sementara itu, rakaman video di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki berpakaian seragam tentera melancarkan gerakan penentangan Operation David diketuai Kapten Juan Caguaripano dari Briged ke-41 Fort Paramacay di bandar Valencia.

“Kami mewakili tentera sebenar Venezuela berjuang untuk kebebasan. Ini bukan rampasan kuasa, ia tindakan sivik dan ketenteraan untuk bina semula perintah perlembagaan serta selamatkan negara,” kata Caguaripano. – Agensi

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *