1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengumumkan bahawa ia sudah menjelaskan kesemua hutang bank dan hutang jangka pendeknya.

Dalam satu kenyataan hari ini, 1MDB berkata ia membayar kesemua AS$150 juta (AS$1.00 = RM3.93) kemudahan pembiayaan kepada EXIM Bank lebih awal daripada tarikh pembayaran sebenar.

“Susulan pembayaran ini, 1MDB kini sudah menjelaskan kesemua hutang bank dan hutang jangka pendeknya,” katanya.

Pembayaran semula kepada EXIM bank dibuat oleh anak syarikat 1MDB, Timeline Zone Sdn Bhd.

1MDB berkata kemudahan itu dimeterai pada Mac 2015, dan keuntungan antara lain digunakan untuk membiayai proses korporat secara am, termasuk tetapi tidak terhad kepada keperluan modal kerja, dan perbelanjaan berkaitan perniagaan tenaga.

Syarikat itu mengumumkan pembayaran semula hutang pokok RM7.25 bilion sejak lebih empat minggu lepas.

Ia juga mengekalkan lebihan tunai sebanyak RM2.3 bilion untuk keperluan infrastruktur dan perkhidmatan hutang.

Share on Facebook Share Share on TwitterTweet Share on Google Plus Share Share on Pinterest Share Share on LinkedIn Share Share on Digg Share

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *