Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pertandingan Kereta Tercantik Bertemakan “Pamoga Qu Puteh”

Pertandingan Kereta Tercantik Bertemakan “Pamoga Qu Puteh”

mh online

image

Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan, Dato’Seri Hasmiza Othman atau lebih mesra disapa sebagai Dr Vida,pada malam tadi telah bermesyuarat bersama Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa dan pimpinan KAFA yang lain.

Katanya,antara isu-isu yang dibincangkan adalah “menaik taraf Stadium Sultan Muhammad IV,keselesaan penonton,laluan khas lelaki dan wanita,serta majlis sambutan Musim baru Liga Super 2016”.

image

Beliau yang juga penaja utama pasukan PQP TRW, menjelaskan di laman instagram miliknya,beliau dan presiden KAFA telah memutuskan untuk mengadakan pertandingan kereta tercantik pada hari sambutan itu nanti bertemakan “Pamoga Qu Puteh The Red Warrior”.

Tulisnya lagi “Penyertaan adalah terbuka kepada semua jenis kenderaan termasuk motorsikal dan sebagai tanda sokongan kepada Pasukan, satu perarakan besar-besaran akan diadakan pada hari tersebut” dan majlis ini akan dikendalikan oleh KAFA.

“Hadiah lumayan menanti pemenang bertuah,hadiah terkumpul berjumlah RM20,000 menanti setiap peserta”.jelasnya lagi

Dr Vida adalah penaja utama pasukan Kelantan,beliau bersetuju menaja sebanyak RM16 juta kepada pasukan kelantan untuk dua musim, dengan segala prasarana stadium serta tempat latihan akan dinaik taraf.

Untuk musim baru 2016, dijangkakan Pasukan PQP TRW akan mengulangi pencapaian terbaiknya memenangi tiga piala pada 2013.PQP TRW akan mengunakan jersi yang direka khas dengan jenama DSV dan kualiti yang setanding jenama antarabangsa.

Leave a Reply

Top