Anda di sini!
Utama > Luar Negara > 15 Atlet Rusia Tidak Dijemput Sertai Olimpik

15 Atlet Rusia Tidak Dijemput Sertai Olimpik

Seramai 15 atlet dan petugas yang terlepas dari pengharaman susulan kes doping minggu lalu tidak akan dijemput ke Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang.

Kenyataan dari Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menyebut, keputusan berkenaan dibuat selepas panel khas yang bersidang menyarankan IOC untuk tidak menjemput 15 individu berkenaan.

Mereka adalah antara 28 rakyat Russia yang dikenakan pengharaman seumur hidup dari menyertai sukan Olimpik atas kesalahan doping, tetapi keputusan berkenaan bagaimanapun ditarik balik di Mahkamah Timbang Tara Sukan, Khamis lalu.

Kesemua mereka termasuk 13 atlit dan dua bekas atlit kini menjalankan tugas sebagai kakitangan sokongan manakala baki 28 anggota lain bertindak meletak jawatan atau gagal dikesan. – AFP

Leave a Reply

Top