Anda di sini!
Utama > Belia > 12 Subjek UTM Masuk Ranking QS World Universiti

12 Subjek UTM Masuk Ranking QS World Universiti

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyertai senarai universiti elit dunia apabila 12 daripada 42 subjeknya tersenarai dalam ranking untuk QS World University Rankings by Subject 2015/2016.

Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Wahid Omar berkata ini termasuk tiga subjek UTM yang menduduki tempat pertama di negara ini iaitu Kejuruteraan Awam dan Struktur, Bumi dan Sains Marin serta Kejuruteraan Mineral dan Perlombongan.

Beliau berkata subjek Kejuruteraan Awam dan Struktur masih kekal dalam kelompok 101-105 di peringkat dunia seperti tahun 2015 manakala Bumi dan Sains Marin baru pertama kali disenaraikan tahun ini.

Wahid berkata subjek Kejuruteraan Elektrik menunjukkan kemajuan dengan meningkat daripada kelompok 101-150 kepada kelompok 50-100 dunia.

“Tiga lagi subjek yang turut mencatatkan peningkatan ialah Sains Alam Sekitar dari kelompok 201-250 kepada 150-200, Matematik dan Kimia masing-masing meningkat dari kelompok 301-350 kepada 201-250 dan 251-300,” katanya.

Beliau berkata buat pertama kalinya, subjek Fizikal Ekonomi tersenarai dalam ranking tersebut, terus ke kedudukan 301-350.

“Pemilihan itu dilakukan menerusi indikator reputasi akademik, reputasi majikan dan kualiti penyelidikan untuk membuat ranking 200 hingga 400 ke atas universiti terbaik dalam 42 bidang subjek berdasarkan data yang telah disahkan,” kata beliau.

Leave a Reply

Top