Anda di sini!
Utama > Terkini > 12 Jalan Utama Akan Ditutup Secara Berperingkat Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

12 Jalan Utama Akan Ditutup Secara Berperingkat Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

mh online

Sebanyak 12 jalan utama menuju Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan ditutup secara berperingkat bermula Rabu sehingga 22 Nov ini bagi melancarkan pergerakan wakil negara ASEAN dan negara pemerhati ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata penutupan penuh jalan terbabit akan dibuat Sabtu ini.

“Jalan akan ditutup selama hampir dua jam bermula dari pukul 7.15 malam sehingga 8.50 malam,” katanya dalam sidang media Selasa.

Antara jalan terlibat ialah Jalan Binjai menghala Persiaran KLCC, Jalan Imbi menghala Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan menghala Jalan Bukit Bintang, Jalan Kia Peng menghala Lorong Perak dan Jalan Raja Chulan menghala Lorong Perak.

“Turut ditutup ialah Jalan Nagasari ke Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail ke Jalan Ampang, Jalan Ampang ke Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang ke Jalan Binjai, Jalan Sultan Ismail ke Jalan P.Ramlee dan Jalan Raja Chulan ke Persiaran Raja Chulan,” katanya.

Mohd Nadzri berkata pada pukul 7.40 pagi hingga 9 pagi hari yang sama, jalan-jalan berkenaan akan turut ditutup secara berperingkat.

“Penutupan jalan ialah bagi memastikan tahap keselamatan ketua-ketua negara yang menghadiri persidangan itu terjamin dan terbaik,” katanya.

Beliau berkata pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Kia Peng/Jalan Stonor, Jalan Tun Razak, Lorong Lumba Kuda, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Hang Tuah, Jalan Raja Chulan/Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu.

“Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan polis selain disaran mengelak menggunakan jalan yang dinyatakan itu.

“Mereka juga dilarang untuk meletakkan kenderaan di sisi jalan-jalan terlibat. Sekiranya ingar, kami akan menundanya,” katanya.

Posted from WordPress for Android

Leave a Reply

Top