Anda di sini!
Utama > Dalam Negara > Pesawat APMM Alami Masalah Teknikal, Buat Pendaratan Cemas

Pesawat APMM Alami Masalah Teknikal, Buat Pendaratan Cemas

LANGKAWI, Sebuah pesawat ringan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengalami kemalangan ketika latihan di Langkawi jam 11.00 tengah hari tadi.

Pesawat ringan APMM  yang dibawa juruterbang Mohd Hisham Bin Abu Hasan 35 tahun, mengalami masalah teknikal ketika sesi latihan, menyedari pesawat gagal untuk dikawal juruterbang membuat pendaratan cemas di atas permukaan air.

Ketika membuat  pendaratan cemas, dikatakan bahagian sayap pesawat telah patah dan menyebabkan pesawat melantun beberapa kali.

Ekoran kemalangan tersebut, juruterbang mengalami cedera ringan dan jari kakinya juga patah. Juruterbang kini dirawat di Hospital Besar Pulau Langkawi,  tiada kecederaan serius dilaporkan menurut sumber.

Menurut sumber lagi, Mohd Hisham dalam rangka lawatan ke Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA” 17) dekat Pulau Langkawi yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Selasa.

(Mohd Hisham yang patah jari jaki kini dirawat di hospital Langkawi)

Kami cuba menghubungi Menteri yang menjaga APMM Dato’ Seri Shahidan Kassim melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengesahkan kejadian namun gagal.

Leave a Reply

Top