Anda di sini!
Utama > Hiburan > Konsert Wings & Superfriends – Belenggu Irama, Menampilkan Awie Sebagai Pengarah Pentas

Konsert Wings & Superfriends – Belenggu Irama, Menampilkan Awie Sebagai Pengarah Pentas

Oleh : Hidayat Fansyuri

KONSERT WINGS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA bakal menggegarkan Istana Budaya pada 6-9 april 2017 selama dua jam untuk empat malam berturut – turut, konsert  unik ini yang mana menampilkan Awie sendiri sebagai pengarah pentas dan berkonsepkan “charity” dalam memperjuangkan basib para insan seni tanah air.

Gandingan airtis – artis hebat dalam satu pentas dengan sorotan adegan dari rintihan lagu selama dua jam akan menjelajahi jiwa dan membelah rasa penonton terhadap keluhan hati nasib artis yang di perjuangkan.

Menurut Dato’ Awie, Konsert ini bertujuan mendidik masyarakat untuk berhibur sambil menderma. Awie Entertainment Sdn Bhd yang menganjurkan konsert ini mengumpulkan persatuan seni di Malaysia untuk membentangkan permasalahan didalam bidang seni itu sendiri, terutamanya dari segi kebajikan anak – anak seni yang tidak pernah berubah.

Oleh Itu kami tampil dengan idea dan konsep yang dipendamkan selama lebih tiga dekad yang lalu.Untuk tujuan itu kita perlukan kerjasama jitu daripada gabungan persatuan seperti Karyawan, Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM, katanya kepada media.

Tegasnya lagi, nasib para artis  Malaysia tidak seharusnya malang  seperti yang telah berlaku selama ini kerana para artis adalah golongan yang amat berpengaruh. Pengaruh dan nama besar mereka hanya ketika popular dan sekiranya tiada langkah yang betul di ambil, maka ianya tidak akan menjanjikan masa depan yang baik dari segi kewangan.

Konsert ini menampilkan  Yazid sebagai Ikon, beliau pernah popular satu ketika dahulu dan tenaganya diperah ketika namanya berada dipuncak, tiada seorang pun peminat muzik yang tidak mengenali nama yazid dan kumpulan Search.

“Kini beliau menderitai penyakit buah pinggang dan mata pencarianya terhad. Saya sebagai salah seorang peneroka muzik rock tanah air mengambil inisiatif untuk membantu beliau dan tidak mahu anak – anak seni di negara ini hidup dalam kesempitan di zaman kejatuhan” katanya lagi.

“Artis – artis ternama yang telah bersetuju untuk membuat persembahan dalam konsert ini  seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Dato’ Nash, Dato’ Hattan, Ito Blues Gang, Syamel AF, Maya Karin, Beto Khusairi, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Uchop Bukan Sekadar Rupa, Kudeen 3 Juara, Aniq Ceria Pop Star dan pemuzik tanah air”  tambahnya lagi.

Dato’ Nash ketika ditanya tentang penglibatan beliau dalam konsert ini berkata “saya speechless mula – mula terima panggilan dari awie tanpa bercakap banyak saya bersetuju untuk menyertai konsert ini, program seperti ini sangat baik untuk membantu rakan – rakan artis yang sedang dalam kesusahan”.

Pihak media berkesempatan menyaksikan persembahan yang bakal diadakan, bermula dengan tayangan video dan kemudian monolog sambil di iringi muzik yang sangat menyentuh perasaan, monolog yang disampaikan oleh Dato’ Awie dan Beto Khusairi sangat meruntun jiwa sehingga Sahara Yaacob tidak dapat menahan kesedihan sambil menangis tersesak – esak kelihatan beberapa orang artis juga mengesat air mata.

Anda tidak seharusnya melepaskan peluang menyaksikan konsert hebat ini, sambil berhibur dan menderma.

Harga Tiket Bermula  daripada  RM80, RM150, RM200, RM250 RM300 dan RM350 dan boleh didapati di www.airasiaredtix.com atau pun melalui kaunter pembelian tiket Istana Budaya mulai 1 March 2017.

Leave a Reply

Top